Bukit Kuang 5 Ogos (Rabu), Kami sekeluarga pergi ke Majlis Makan Malam bersama YAB Nizar, Menteri Besar Perak yang sah. Makanan yang disediakan sedap cuma ada sepingan sotong yang memang kami satu keluarga tak makan. Kami sangat terpegun mendengar ucapan YAB Nizar pada malam itu yang penuh bersemangat. Ucapannya diselangi dengan bahasa mandarin dan tamil dan sekali kala dengan bahasa inggeris.
YAB Nizar turut menyanyikan sebuah lagu mandarin yang bermaksud 'bulan purnama'. Tak sangka beliau memiliki suara yang merdu. Kalau masuk AF gerenti juara. Apapun majlis pada malam tu ''best' dan kami sekeluarga enjoy. Makan malam sambil mengutip dana PRU 13. Mudah-mudahan sumbangan kami diterima Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan