Rabu, 2 Disember 2009

Macam biasa. Banjir setiap hujung tahun



Disember 2009, Macam biasa setiap bulan dua belas berlaku banjir disebabkan oleh masalah sistem perparitan. InsyaAllah dalam beberapa bulan lagi apabila longkang besar yang sedang dalam pembinaan siap, mudah-mudahan masalah ini akan berakhir.

Setakat ini air tak pernah masuk dalam rumah lagi, sekitar kat luar laman saja. Tapi kereta kena alih ke tempat yang lebih tinggi. Cobaan!


Selasa, 24 November 2009

Yo dapat No. 1. Tahniah

Miyo dan Ayahnya yang handsome sedang menunjukkan hadiah yang dimenangi.




Ibunya yang ayu turut berbangga dengan kejayaan Miyo.


Tahniah kepada Amirul Hakim atau Yo yang mendapat tempat Pertama dalam peperiksaan akhir darjah 3 2009. Teruskan kecemerlangan di masa-masa akan datang.

Sabtu, 21 November 2009

IJAH DAPAT 5A. TAHNIAH MY DEAR!

Tarikh 19 November 2009 mencatat sejarah manis buat Ijah dan keluarga kerana berjaya merangkul keputusan cemerlang dalam UPSR 2009. Sesungguhnya ini adalah kurniaan dari Illahi atas usaha keras yang telah Ijah lakukan sepanjangn 6 tahun. Emak Abah dan keluarga tumpang gembira dengan kejayaan ini. Teruskan kecemerlangan untuk PMR 2012 nanti..

Sabtu, 26 September 2009

SUASANA DI PAGI SYAWAL 1430

Ramai-ramai kat rumah atok fatimah








Jamuan raya kat surau kg jaya







Jumaat, 25 September 2009

SEHARI SEBELUM RAYA DIRUMAH ATOK FATIMAH
















YO JUARA HAFAZAN DAN TILAWAH PERINGKAT SRI AL-AMIN


Tengok tu, Yo bersama hadiah kemenangannya.

TAHNIAH!! dari abah dan mama atas kejayaan yo. TERUSKAN KECEMERLANGAN...

Sabtu, 12 September 2009

THanks Abah, belikan Balqis basikal baru!

Inilah basikal baru Balqis. Cantik tak? APA!!! nAK pINJAM. No WAY MAN!
BYE2.

UPSR 2009: Atie dah MERDEKA!!

Seronoknya dah abis periksa. Bolehlah enjoy lepas ni. Tapi ingat! isi masa lapang ni dengan yang sesuatu berfaedah!

Abah dan mama doakan semoga atie akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti . InsyaAlah!

Khamis, 27 Ogos 2009

ALHAMDULILLAH! INNOVA DAH HABIS BAYAR.


5 Ramadan 1430/26 Ogos 2009, Rabu Akhirnya innova berjaya ditamatkan pembayaran ansuran bulanannya. Dengan ini diistiharkan bahawa abah dah TAK BERHUTANG LAGI.

TAHNIAH!! KERANA BERJAYA MELEPASKAN BELENGGU HUTANG!

Selasa, 11 Ogos 2009

WOW! MAMA BELI LAPTOP BARU


10 Ogos 2009, Isnin, mama beli laptop baru. Ini kerana laptop mama yang lama (hakmilik sekolah) telah diambil balik oleh pihak sekolah. Kerja-kerja sekolah yang banyak terpaksa dilakukan di rumah memerlukan sebuah komputer.


Tak patut betul sekolah ambil balik. Sedangkan laptop tersebut digunakan untuk kebajikan sekolah juga khususnya urusan Dana. Tak pelah, laptop ini memang banyak gunanya terutama apabila twins further study nanti. tak payah beli dah.

Khamis, 6 Ogos 2009

Kami sekeluarga makan malam bersama YAB Nizar.



















Bukit Kuang 5 Ogos (Rabu), Kami sekeluarga pergi ke Majlis Makan Malam bersama YAB Nizar, Menteri Besar Perak yang sah. Makanan yang disediakan sedap cuma ada sepingan sotong yang memang kami satu keluarga tak makan. Kami sangat terpegun mendengar ucapan YAB Nizar pada malam itu yang penuh bersemangat. Ucapannya diselangi dengan bahasa mandarin dan tamil dan sekali kala dengan bahasa inggeris.

YAB Nizar turut menyanyikan sebuah lagu mandarin yang bermaksud 'bulan purnama'. Tak sangka beliau memiliki suara yang merdu. Kalau masuk AF gerenti juara. Apapun majlis pada malam tu ''best' dan kami sekeluarga enjoy. Makan malam sambil mengutip dana PRU 13. Mudah-mudahan sumbangan kami diterima Allah SWT.

Selasa, 4 Ogos 2009

KEM ELIT DAERAH PULAK!


Makan angin lagi! Setelah selesai kem academy star di Batu Buruk Beach resort, atie terpilih pulak ke kem elit daerah di Sanctuary Resort, Sungai Ular Kuantan Pahang pada 2 -5 Ogos 2009. Lagi sekali tahniah.

Tapi pada keesokan harinya terpaksa pula bergegas ke SMK Kerteh untuk pertandingan Spelling peringkat negeri terengganu tajaan Champ. Walaupun tak menang, tetapi kejayaan memasuki pertandingan ini setelah mendapat tempat ke-4 di peringkat daerah kemaman amat membanggakan abah dan keluarga. Teruskan kecemerlangan dunia tapi jangan lupa akhirat.

ATIE TERPILIH KE KEM ACADEMY STAR NEG TERENGGANU




Tahniah! kepada Ijah yang terpilih ke kem tersebut yang telah diadakan pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2009 di Batu Buruk Beach Resort. Bukan senang nak dapat. Hanya 8 orang sje yang terpilih dalam daerah kemaman. Abah sekeluarga doakan ijah akan terus berjaya dalam pelajaran.

Tapi yang paling penting jangan sekali-kali lupa kepada Yang Menciptakan kita. Kepada-Nya wajib bersyukur. Tingkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan. Banyakkan solat hajat, taubat dan tahajjud. Mulakan sesuatu itu dengan basmallah dan doa. Ingat!
Orang yang paling mulia disisi Allah ialah yang paling Taqwa. Orang yang paling cerdik ialah yang selalu mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. Love you so much!

Jumaat, 31 Julai 2009

KAK LONG


Sy Nadia dan call me...along.
i lve my family very much... smg
kami hidup bahgia di dunia dan akhirat
dalam kerahmatan ILLAHI!! AMIN....

MY LOVING HUBBY

ni,kenangan di Langkawi,best gok makan angin sekali sekala,apatah lagi dgn my boyfrieng dan anak-anak.
About my boyfrieng,he's loving person,caring,take care and pentingkan didikan agama.Harap-harap tahun ni mkn angin lagi,sambil berhoneymoon, anak-anak baik punya,sporting,coz.sometime,my hubby and my children are my best friend. Takbir! ALLAHUAKBAR!

angah


Nama saya Nurul Liana bt Zuraimi.Saya yang bertudung pink di sebelah saya ialah adik yang ketiga.Saya menuntut di Sekolah Menengah Agama Al-Falah dan akan mengambil SPM pada tahun ini.Doakan kejayaan saya!!!

Rabu, 29 Julai 2009

Isteri Tersayang


Ini Isteri saya. Salasiah Bt Busu. Saya panggil mama saja. membahasakan diri untuk ibu kepada anak-anak saya. Seorang guru sekolah, ibu yang penyayang, isteri yang manja dan ingin sentiasa dibelai. Saya senang dengan sikapnya dan kemanjaannya membuat saya semakin sayang dan terlalu rindu walaupun berpisah sementara.

Kami ingin hidup sederhana dan menurut kehidupan Rasulullah dan para sahabat. Tak mahu berhutang dan menabung sebanyak mungkin untuk saham akhirat, InsyaAlah.

Harapan saya Allah Taala beri kekuatan dan kesabaran untuk saya mengemudikan bahtera rumahtangga sehingga Allah menjemput bertemu dengan Nya.

Selasa, 20 Januari 2009

Nurul Farhana Balqis


My name is nurul farhana balqis. I am the youngest person in my family.I will celebrate my 4th birthday in 2009. I love my family.

Trip to Langkawi Dec 2008

Ini dalam cable car.














Dalam Under water world



Sicomel ni dalam hotel dekat pekan kuah.





Puteri2 ni bergaya dalam feri langkawi





Yang ni tersengih sorang dekat jeti Kuala Kedah.
Dis 2008, Kami makan angin ke Langkawi. Satu pengalaman yang sangat menarik walaupun memenatkan memandu hampir 12 jam dari Kemaman. Terlihat kepuasan diwajah masing-masing. InsaAllah kalau ada rezeki abah dan mama akan bawa ke destinasi yang lain.

Nurul Izzatie


My name is nurul izzatie or just call me...atie. I was born in 1997. I want to be a doctor or an architect. My hobby is drawing.

AMIRUL HAKIM


Nama saya amirul hakim. orang panggil yo..je. Lahir di kemaman terengganu.
Hobi bermain badminton.