Khamis, 27 Ogos 2009

ALHAMDULILLAH! INNOVA DAH HABIS BAYAR.


5 Ramadan 1430/26 Ogos 2009, Rabu Akhirnya innova berjaya ditamatkan pembayaran ansuran bulanannya. Dengan ini diistiharkan bahawa abah dah TAK BERHUTANG LAGI.

TAHNIAH!! KERANA BERJAYA MELEPASKAN BELENGGU HUTANG!

Selasa, 11 Ogos 2009

WOW! MAMA BELI LAPTOP BARU


10 Ogos 2009, Isnin, mama beli laptop baru. Ini kerana laptop mama yang lama (hakmilik sekolah) telah diambil balik oleh pihak sekolah. Kerja-kerja sekolah yang banyak terpaksa dilakukan di rumah memerlukan sebuah komputer.


Tak patut betul sekolah ambil balik. Sedangkan laptop tersebut digunakan untuk kebajikan sekolah juga khususnya urusan Dana. Tak pelah, laptop ini memang banyak gunanya terutama apabila twins further study nanti. tak payah beli dah.

Khamis, 6 Ogos 2009

Kami sekeluarga makan malam bersama YAB Nizar.



















Bukit Kuang 5 Ogos (Rabu), Kami sekeluarga pergi ke Majlis Makan Malam bersama YAB Nizar, Menteri Besar Perak yang sah. Makanan yang disediakan sedap cuma ada sepingan sotong yang memang kami satu keluarga tak makan. Kami sangat terpegun mendengar ucapan YAB Nizar pada malam itu yang penuh bersemangat. Ucapannya diselangi dengan bahasa mandarin dan tamil dan sekali kala dengan bahasa inggeris.

YAB Nizar turut menyanyikan sebuah lagu mandarin yang bermaksud 'bulan purnama'. Tak sangka beliau memiliki suara yang merdu. Kalau masuk AF gerenti juara. Apapun majlis pada malam tu ''best' dan kami sekeluarga enjoy. Makan malam sambil mengutip dana PRU 13. Mudah-mudahan sumbangan kami diterima Allah SWT.

Selasa, 4 Ogos 2009

KEM ELIT DAERAH PULAK!


Makan angin lagi! Setelah selesai kem academy star di Batu Buruk Beach resort, atie terpilih pulak ke kem elit daerah di Sanctuary Resort, Sungai Ular Kuantan Pahang pada 2 -5 Ogos 2009. Lagi sekali tahniah.

Tapi pada keesokan harinya terpaksa pula bergegas ke SMK Kerteh untuk pertandingan Spelling peringkat negeri terengganu tajaan Champ. Walaupun tak menang, tetapi kejayaan memasuki pertandingan ini setelah mendapat tempat ke-4 di peringkat daerah kemaman amat membanggakan abah dan keluarga. Teruskan kecemerlangan dunia tapi jangan lupa akhirat.

ATIE TERPILIH KE KEM ACADEMY STAR NEG TERENGGANU




Tahniah! kepada Ijah yang terpilih ke kem tersebut yang telah diadakan pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2009 di Batu Buruk Beach Resort. Bukan senang nak dapat. Hanya 8 orang sje yang terpilih dalam daerah kemaman. Abah sekeluarga doakan ijah akan terus berjaya dalam pelajaran.

Tapi yang paling penting jangan sekali-kali lupa kepada Yang Menciptakan kita. Kepada-Nya wajib bersyukur. Tingkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan. Banyakkan solat hajat, taubat dan tahajjud. Mulakan sesuatu itu dengan basmallah dan doa. Ingat!
Orang yang paling mulia disisi Allah ialah yang paling Taqwa. Orang yang paling cerdik ialah yang selalu mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. Love you so much!