Tahniah! kepada Ijah yang terpilih ke kem tersebut yang telah diadakan pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2009 di Batu Buruk Beach Resort. Bukan senang nak dapat. Hanya 8 orang sje yang terpilih dalam daerah kemaman. Abah sekeluarga doakan ijah akan terus berjaya dalam pelajaran.
Tapi yang paling penting jangan sekali-kali lupa kepada Yang Menciptakan kita. Kepada-Nya wajib bersyukur. Tingkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan. Banyakkan solat hajat, taubat dan tahajjud. Mulakan sesuatu itu dengan basmallah dan doa. Ingat! Orang yang paling mulia disisi Allah ialah yang paling Taqwa. Orang yang paling cerdik ialah yang selalu mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. Love you so much!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan